03-6735 7331 / 019-7508669 daurahharamain@gmail.com

SELAWAT NABI MUHAMMAD SAW

بسم الله الرحمن الرحيم

 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

قال الله تعالى: (إن الله وملائكته يصلون على النبي يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليما) سورة الأحزاب:56

Selawat Nabi

(Sumber: http://warungkita.net/biografi-lengkap-nabi-muhammad-saw/)

Assalamualaikum semua… Apa khabar sihat? Dah berselawat ke harini? Kalau belum mari kita berselawat keatas Nabi. Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala Aali Muhammad. Alhamdulillah baru je dapat 10 pahala harini. Insya-Allah kami membincangkan mengenai definisi, derajat Nabi, amalan selawat dan tanda-tanda mahabbah kepada Nabi Muhammad SAW.

Untuk pengetahuan semua, amalan selawat ini merupakan paling mudah untuk kita amalkan. Tinggal lagi diri kita sahaja untuk melakukannya. Namun apa kata, pada posting ini kita mempelajari sedikit mengenai apakah itu selawat? Yelah, nak beramal berhajat kepada ilmu kan? Seperti kata Sahabat Baginda Mu’adz bin Jabal: (الْعِلْمُ إمَامُ الْعَمَلِا) ertinya “Ilmu itu adalah pemimpin bagi amal”.

DEFINISI SELAWAT

Agungnya amalan selawat ini dan merupakan amalan yang paling dekat untuk mendekatkan kepada Allah. Ianya agung kerana Allah sendiri berfirman yang ZatNya berselawat sendiri kepada Baginda disamping ditambahnya kalimah إن sebagai taukid (kata penguat) disusuli dengan para Malaikat dan ayat perintah kepada Umat Islam untuk berselawat kepada Baginda.

Apabila berkaitan dengan sesuatu pemaknaan sesuatu kalimah, maka kita kena rujuk kepada alim ulama. Kalimah يصلون jika rujuk kepada tafsiran ulama mereka pecahkan kepada tiga iaitu daripada Allah, dari Malaikat dan dari Umat Islam. Menurut Imam Al-Qurthubi didalam kitabnya Tafsir Al-Qurthubi, makna selawat itu:

Bahasa: Doa

Istilah: Selawat daripada Allah bermaksud Rahmat, Selawat daripada Malaikat bermaksud doa dan Istighfar, dan Selawat Umat Islam bermaksud Doa.

Yang dikatakan rahmat adalah kasih sayang Allah terhadap Nabi kita. Dan dikatakan pula selawat daripada malaikat itu adalah doa dan istighfar ialah doa kepada Nabi Muhammad SAW serta istighfar kepada umat Nabi Muhammad SAW. Akhir sekali, selawat Umat Islam bermaksud doa, itu kembali mereka yang berselawat juga sebagaimana yang disabdakan Nabi Muhammad SAW (Hadis Sahih): من صلى علي مرة واحدة صلى الله عليه بها عشرا bererti “barangsiapa yang berselawat kepada aku sekali, berselawat Allah kepadanya sepuluh kali”.

DERAJAT NABI MUHAMMAD SAW

Seperti yang disebut oleh Syeikh Ibrahim Laqqani didalam kitabnya Jauharah Tauhid:

وافضل الخلق على الإطلاق نبينا فمل عن الشقاق

“Dan seafdhal ciptaan secara keseluruhan, adalah Nabi kita maka jauhilah daripada berdebat-debatan”

Bahkan kata Dr. Ali Jumaah juga menyebut didalam kitabnya Al-Bayan, Nabi Muhammad SAW adalah makhluk paling agung bahkan lebih agung daripada ‘Arasy dan keagungan Nabi Muhammad itu tidak boleh ditandingi oleh Nabi-Nabi dan sebarang makhluk yang lain. Ini kerana Nabi sendiri pernah bersabda: (انا سيد ولد بني آدم ولا فخر) bererti: “Aku (Nabi) adalah pemimpin bagi Bani Adam dan aku tidak berbangga dengannya”.

AMALAN SELAWAT

Amalan ini adalah paling agung jika diamalkan. Jika pada hari Jumaat kita sering digalakkan untuk membaca Surah Al-Kahfi, namun menurut sesetengah ulama menyatakan amalan paling afdhal pada hari Jumaat adalah berselawat kepada Baginda Muhammad SAW sebagaimana disebut Syeikh Abu Bakar Syatha Al-Bakri didalam I’anah Tholibin. Bahkan ianya juga diterima oleh Allah sekiranya ia dilakukan dalam keadaan riak. Perkara ini disebut dalam kitab Sa’adatut Darain oleh Syeikh Yusuf bin Ismail An-Nabhani:

وقال العلامة الشيخ شهاب الدين قليوبي الشافعي في مقدمة صلواته بعد ذكره عدة احاديث في فضل الصلاة على النبي محمد صلى الله عليه وسلم وفوائدها بعد وبالحمدلة والتفضيل فهي اسهل الطاعات واقرابها إلى الملك الجليل وهي مقبولة من كل احد في كل حالة ومن المخلص فيها وكذا من المرئى بها على الأصح الاقوال

“Dan berkata Al-Allamah As-Syeikh Syihabuddin Al-Qalyubi As-Syafi’i didalam Muqaddimah selawatnya selepas beliau menyebut mengenai hadis tentang keutamaan berselawat keatas Nabi Muhammad SAW dan faedah-faedah berselawat dan perinciannya sebab: SELAWAT ADALAH KETAATAN YANG PALING MUDAH DAN PALING RINGKAS DIGUNAKAN UNTUK MENDEKATKAN ALLAH YANG MAHA AGUNG. SELAWAT ITU AKAN DITERIMA DARI SIAPA PUN DAN DALAM KEADAAN APA PUN JUGA BAIK ORANG YANG IKHLAS ATAU ORANG YANG RIAK MEMBACANYA MENURUT PENDAPAT PALING SAHIH (KUAT)”

Amalan selawat yang paling baik adalah Selawat Ibrahimiah seperti berikut:

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد

كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم

وبارك على سيدنا محمد وعلى آل محمد

كما باركت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد

TANDA-TANDA MAHABBAH (KECINTAAN) KEPADA NABI MUHAMMAD SAW

Menurut Al-Qadhi ‘Iyadh didalam As-Syifa bi Ta’rif Huquqil Mustafa disebut, alamat atau tanda-tanda Mahabbah kepada Baginda Muhammad SAW:

  1. Mencontohi Sunnah Baginda
  2. Banyak mengingati yakni selalu berselawat kepadanya
  3. Disertai Selawat dengan khusyuk
  4. Mencintai atau merindui untuk bertemu dengan Baginda
  5. Mencintai ahli bait Rasulullah SAW.

والله أعلم بالصواب

daurahharamain.com

Selawat Nabi

Syeikh Yusuf bin Ismail An-Nabhani

(Sumber: http://zulfanioey.blogspot.my/2011/12/al-syaikh-yusuf-nabhani-ra.html)

Selawat Nabi

Sa’adatut Darain fi As-Solat ‘ala Sayyid Al-Kaunain

Rujukan:

  1. Tafsir Al-Qurthubi, Imam Al-Qurthubi
  2. Sa’adatut Darain, Syeikh Yusuf bin Ismail An-Nabhani
  3. As-Syifa bi Ta’rif Huquqil Mustafa, Al-Qadhi ‘Iyadh
  4. Rawai’ Al-Bayan fi Tafsir Ayat Al-Ahkam min Al-Quran, Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni
WhatsApp WhatsApp Kami!